Thursday, February 22, 2007

Fungkur's Network

click above picture to go to the website

fungkurs-network.net bukanlah sebuah laman web komuniti atau portal yang biasa yang wujud di Malaysia ini.

Bagi sesiapa yang tidak pernah menjengah laman web fungkurs-network.net,silalah berbuat demikian.Bagi penulis,laman portal ini atau porlog gelaran yang diberikan oleh pengasas website ini.Ia bukanlah seperti laman web biasa yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.Laman web ini mempunyai kualitinya yang tersendiri bagi pendapat penulis.Sejak kali pertama penulis menjumpai porlog ini secara tidak sengaja melalui enjin pencarian,porlog ini mengalami banyak perubahan dan pembangunan yang pesat yang telah dilakukan oleh fungkur iaitu pemilik website ini.Porlog ini menyediakan tutorial,ruangan forum dan juga stesen radionya sendiri.Semua ini dilakukan secara DIY {do it yourself}.Bagi penulis,inilah website yang paling menarik yang pernah penulis lawati dan hampir saban hari jika ada kelapangan,penulis akan melayari porlog ini bagi mendapatkan info dan maklumat yang terbaru berkenaan dengan IT.Untuk pengetahuan,porlog ini dibangunkan menggunakan perisian CMS iaitu Joomla yang mudah digunakan dan menggunakan server sendiri yang diuruskan oleh saudara fungkur sendiri.Oleh kerana porlog ini dibangunkan secara DIY tanpa apa-apa penajaan,anda bolehlah memberikan sedikit sumbangan kewangan bagi menampung kos server yang ditanggung sendiri oleh saudara fungkur.

No comments: